Jumaat, 16 Oktober 2009
Selasa, 1 September 2009
Buka Puasa Di Mcd Kertih
Isnin, 31 Ogos 2009
Seminggu sudah Berlalu
Khamis, 20 Ogos 2009
Bila Majlis Fatwa Bersuara
Hari ini dalam suratkhabar Berita Harian Keluaran Khamis 20.8.2009, pihak Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan akhirnya memutuskan kenyataan "Tok Guru" Mursyidul Am PAS yang mendakwa kononya ajaran islam yang diamalkan oleh UMNO tidak membawa ahli mahupun penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran islam sebenar.
Menurut Prof Dato Dr Abdul Shukor bahawa kententuan sama ada seseorang masuk neraka atau syurga adalah hak Allah S.W.T. Keputusan ini telah dipekenankan Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat 188 dahulu lagi.
Jawantankuasa ini juga telah berpendapat sesiapa yang mengajar tau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini salah dan menyeleweng dari ajaran sebenar.
Beliau juga menasihatkan umat islam terutamanya yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai islam,berhati hati dan tidak menimbulkan perkara tidak betul tau bidaah hingga memecahkan ummah.Prof Dato Dr Shukor jugak berharap Tok Guru membetulkan semula pandangannya bagi mengelakkan kekeliruaan di kalangan umat ilmu.
Ini la apabila agama dipolitikkan untuk memenuhi impian sesebuah parti.
JANGAN KERANA POLITIK AGAMA DIPERSENDAKAN
Rabu, 19 Ogos 2009
Tenangkan Diri





Selasa, 18 Ogos 2009
Apa Lelaki Pakai Waktu Tidur
Kita lelaki tidak kisah dengan apa yang kita pakai sewaktu kita tido. Ada diantara kita tido pakai kain pelikat bersama baju T-shirt atau singlet pagoda mahupun berseluar pendek tanpa baju.
A. BOXER DAN BOXER BRIEF
Sesuai dipakai sewaktu tido dalam keadaan apa jua keadaan.Selesa,tidak terlalu mahal,senang dijaga serta dipastinya membuatkan tido kita nyenyak sepanjang malam. Untuk lebih selesa,pilihlah boxer yang mempunya getah dipinggang dan jangan pilih boxer yang terbuka atau terbutang di depan.Kita mungkin terlupa mengunci pintu bilik dan sewaktu tido tidak sedar ZAKAR kita mengeras dan menjadi perhatian rakan serumah mahupun sebilik.
Boxer sesuai dipakai setiap hari, sama ada anda tido di rumah, dibilik asrama mahupun sewaktu kita bercuti. PAling sesuai untuk dibawa ketika bercuti kerana saiznya yang kecil boleh menjimatkan ruangan beg pakaian kita.Pilihlah boxer daripada fabrik 100% dari kapas





Ingatan Buat Si Anak
Ketika usia 3 tahun,ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang,Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan
Setelah usia 4-5 tahun,ibu belikan kita pensil warna serta pakaian.Kita ucapkan terima kasih dengan mencontengkan dinding serta mengotorkan pakaian di lopak air
Apabila kita 6-7 tahun,ibu memimpin kita untuk di hantar ke tadika serta sekolah.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit tak mau ke sekolah
Ketika usia 7 tahun,ibu membelikan kita sebiji bola.Kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin pintu rumah.
Setelah usia 8-9 tahun,ibu menghantar kita ke sekolah.Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas mahupun sekolah.
Apabila usia 10-11 tahun,ibu menghabiskan masa sehari suntuk bersama kita.Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa serta asyik bermain bersama kawan-kawan
Menjelang usia 13 tahun,ibu suruh memakai pakaian menutup aurat.Kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak lagi sesuai pada zaman sekarang
Ketika usia 18 tahun,ibu menangis apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA/IPTS.
Kita ucapkan terima kasih dengan berpoya-poya bersama kawan-kawan
Menjelang usia 20tahun,ibu bertanya sama ada kita sudah mempunyai teman istimewa.Kita mengatakan...."itu bukan urusan ibu".
Setelah usia 25 tahun,ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita,ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita. Tetapi kita ucapkan terima kasih dengan duduk berjauhan daripadanya
Ketika 30 tahun,ibu menelefon memberi nasihat tentang perjagaan bayi.Kita dengan megah bekata......" itu zaman ibu sekarang zaman moden tidak sesuai"
Apabila usia 40 tahun,ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri kendara dikampung.Kita berkata.....kami sibuk tak ada masa nak balik ke sana"
Menjelang usia 50 tahun,ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya.Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibubapa yang menjadi bebanan kepada anak-anak.Dan satu hari...kita mendapat berita ibu meninggal dunia!,khabar itu amat mengejutkan kita...dalam linangan airmata barulah segala perbuatan kita terhadap ibu muncul satu persatu....TETAPI SAYANG IBU SUDAH TIADA LAGI DAH TERLAMBAT NAK MENYESAL
Kibarkan Jalur Gemilang
Jumaat, 7 Ogos 2009
Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman
Satu lagi tarikan yang terdapat di daerah Kemaman adalah Taman Rekreasi Dan Mini Zoo yang telah dirasmikan pada 11 Apirl 2oo9 yang lalu oleh Menteri Besar Terengganu
Ia dikatakan mini zoo yang terbesar di Pantai Timur serta berhampiran satu lagi tumpuan pelancong iaitu Kelip-Kelip Kampung Yakyah Ibok. Di Taman ini merangkumi Taman Tema Air, Menaiki Jambatan Gantung, Taman Orkid, Akuarium, menara Tinjau, Air Terjun, Sangkar Burung Pelbagai, Dusun Buah-Buahan, Taman Herba.
Taman Rekreasi Dan Mini Zoo ini terletak lebih kurang 8km dr pusat bandar Chukai
Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Harga Tiket Di Kaunter Masuk Utama:
HARGA GOLONGAN
RM 5 DEWASA
RM 3 KANAK-KANAK 5 - 13 THN
RM 2 KANAK-KANAK (UNIFORM SEKOLAH)
PERCUMA KANAK-KANAK BWH 5 THN
Harga Tiket Di Kaunter Gajah:
HARGA GOLONGAN
RM 20 DEWASA
RM 10 KANAK-KANAK
Harga Tiket Di Kaunter Kolam:
HARGA GOLONGAN
RM 5 KANAK-KANAK 6 THN KE ATAS
RM 3 KANAK-KANAK 6 THN KE BWH







Kepada pelancong yang datang ke Kemaman,singgah ler ke sini menikmati keindahan alam sekitar di hutan dara ini.
Satar Terengganu
Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.
Resepi :
Bahan-bahan
1.400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
2.100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
3.8 biji buah keras
4.2 cm halia, dicincang halus
5.3 biji bawang merah, dihiris
6.1 ulas bawang putih, dicincang
7.150 g kelapa parut putih
8.garam
9.1/2 camca gula
10.1 camt belacan
11.2-3 biji lada merah, dicincang
12.1-2 camt serbuk lada
13.1 helai daun salam, dimayang
14.1 helai daun kunyit, dimayang
15.Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
16.Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)
[sunting] Cara penyediaan
Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak




Hai Peng Kopitiam Kemaman
Saya jer nak promote satu kopitiam ni kalu datang singgah tau lalu di daerah Kemaman ni. Orang kata tidak sah kalu tak singgah minum di sebuah kopitiam yang terkenal di Kemaman mahupun seluruh negera. Hai Peng Kopitiam memang terkenal la di sini. Setiap hari ramai pengunjung menikmati keenakan serta aroma kopi yang sedap ini.
Roti Bakar pasti terangkat















