Aku mencoretkan luahan ini atas dasar pandangan peribadi yang berada di bumi yang mengamalkan kebebasan bersuara. Beberapa hari yang lepas semasa penamaan calon bagi Pilihanraya N11 Permatang Pasir di Pulau Pinang,seorang tokoh yang menggelarkan diri "Tok Guru" mahupun ulama tak perlu la disebutkan nama sebab semua orang tahu serta membaca apa yang beliau perkatakan dengan mengatakan penyokong umno tidak masuk syurga. Adakah ini kerana perbezaan politik beliau sanggup mengeluarkan statement seperti itu.
Beliau selalu mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati serta sedap mulut jer tanpa mempedulikan ape yang beliau katakan itu dah lepas itu beliau akan menyalahkan media massa serta elektronik yang memutarbelitkan kata beliau. Ini la permainan yang boleh membuatkan umat islam dipandang serong oleh orang bukan islam kerana orang islam sendiri yang memcaci,memaki hamun sesama islam.
Apakah kerana politik serta ingin memenangkan calon parti mereka,sanggup mempermainkan isu agama. Sekiranya beliau berkata seperti itu ini boleh saya katakan penyokong parti mereka akan semua masuk syurga dan boleh buat ape sahaja di dalam dunia ini nak menjadi penjenayah,tidak menunaikan suruh Allah pun tidak apa memang dijamin kan masuk syurga.
Bagi penyokong UMNO pula,walaupun mereka buat kebaikan tetapi tetap akan masuk nereka. Seperti kata Tun Mahathir "Tok Guru" itu bukan Allah yang boleh menentukan Dosa,Pahala,Syurga tau Nereka seseorang itu. Ini semua akan diketahui di hari Kebangkitan nanti di Padang Masyhar di depan Allah S.W.T,bukan manusia yang tentukan.
Ini lah bagi saya patut pihak kerajaan,para ulama,cendiakawan islam tampil memperbetulkan semua ini kerana ia boleh memecah belahkan umat islam dan melemahkan bangsa melayu itu sendiri. Majlis Fatwa patut mengeluarkan fatwa tentang isu ini.
Catatan ini bukan niat menghasut tetapi sebagai pandangan peribadi seperti aku katakan pada permulaan tadi. Tidak mau Agama Islam dipermainkan oleh umat Islam sendiri kerana perbezaan politik dan memberi ruang kepada bukan islam mengkritik islam sebab mereka melihat umat islam sesama sendiri bercakaran.
0 ulasan:
Catat Ulasan